Syariah 02/17 : “An Evening to Remember 2017 with Faizal Tahir” on 15 July 2017

Kepada Peguam-Peguam dan Pelatih-Pelatih dalam Kamar Jawatankuasa Peguam Pulau Pinang

Jemputan Membeli Meja Sempena Jamuan Makan Malam “An Evening to Remember 2017 with Faizal Tahir”

Kami dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Kami bagi pihak Jawatankuasa Peguam Pulau Pinang ingin merakamkan setinggi penghargaan ke atas sokongan Tuan/Puan bagi menjayakan aktiviti Jawatankuasa Kecil Syariah dan Kewangan Islam selama ini.
Sebagai menyambung tradisi, Jawatankuasa Kecil ini akan menganjurkan Majlis Silaturrahim seperti berikut:

 

An Evening To Remember 2017 with Faizal Tahir

Tarikh: 15hb Julai 2017 (Sabtu)
Jam: 7:00 malam
Tempat: Grand Ballroom Hotel The Lights, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Harga tiket Individu: RM150.00 (termasuk 6% GST)
Harga Meja: RM1,500.00 (termasuk 6% GST)

 

Sehubungan itu kami ingin menjemput Tuan/Puan untuk membeli meja/tiket bagi menjayakan Majlis ini. Sila menghubungi Puan Sharidah (No. Telefon 04 – 2615669 ) bagi membuat tempahan. Bayaran melalui cek hendaklah dikeluarkan di atas nama “PENANG BAR COMMITTEE”.

Sebarang lebihan daripada aktiviti ini akan disalurkan untuk tujuan kebajikan.

Kerjasama dan sokongan Tuan/Puan sangat dialu-alukan dan dihargai.

Terima kasih.

Siti Azizah Binti Mulian
Pengerusi
Jawatankuasa Penganjur
An Evening to Remember 2017